fbpx

Tentang Kami

Syarikat Kami

Taiwan Kai-Hua International Limited Company ditubuhkan di Taipei, Taiwan pada tahun 1994. Pada tahun 2002, cawangan Shanghai-Kai-Wei Cosmetic Limited Company telah ditubuhkan di Shanghai selama 17 tahun. Pada masa kini, kami memiliki 3 jenama iaitu VAINO, INNO dan SOLUTIONS.

Syarikat kami bertekad atas 3 perkara: mesti dihasilkan di Taiwan, berkualiti dan inovatif serta profesional. Ketiga-tiga perkara ini telah menjadikan kami sebagai perintis sesi fotografi perkahwinan dan pembekalan kecantikan di Taiwan dan China. Esen Penetapan Solekan yang digunakan ketika sesi penggambaran di Taiwan dan China merupakan ciptaan pertama kami. Dengan memiliki teknologi terkini, keupayaan dalam penyelidikan dan pembangunan serta produk yang berprofesional, kami juga mencipta produk eksklusif yang dikenali sebagai “Artifak Sesi Penggambaran Pelancongan”, set perlindungan kulit yang istimewa dan esen pembaikan kulit.

Perkembangan dan Perubahan Kami

Taiwan Kai-Hua International Limited Company ditubuhkan di Taipei, Taiwan pada tahun 1994. Pada tahun 2002, cawangan Shanghai-Kai-Wei Cosmetic Limited Company telah ditubuhkan di Shanghai selama 17 tahun. Pada masa kini, kami memiliki 3 jenama iaitu VAINO, INNO dan SOLUTIONS.

Pelancaran Esen Khas Ampoules yang eksklusif untuk solekan pengantin telah membangkitkan syarikat fotografi perkahwinan kami di Taiwan, dan menjadi produk yang hangat dijual di seluruh negara.Dengan adanya status berjenama yang terkemuka, ibu pejabat kami di Taiwan berarak ke pasaran China, dan menjadikan jenama terkemuka VAINO melonjak ke tahap kedudukan yang teratas dalam industri. Kami juga mencipta iNNO, produk berkualiti yang digunakan dalam sesi penggambaran perkahwinan, untuk pengguna awam demi menikmati cara penjagaan kulit yang cepat dan mudah serta memberikan kesan penjagaan kulit yang profesional.

Inilah cerita perkembangan kami…